Friday, 22 November 2013

ADAB-ADAB MASUK RUMAH BARU




Antara adab-adab bagi memasuki rumah baru anda adalaah seperti berikut:

1. Azan - Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Jika tiada orang lelaki maka orang perempuan juga boleh azan. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar Rumah Secara Islam - Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam.
Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam.
Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.

Ikuti panduan berikut:

Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam (pusingan seperti tawaf di Ka'abah).

8 comments:

  1. info yang menarik.. boleh saya praktikkan apabila masuk rumah baru kelak. terima kasih

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas komen yang diberikan. Saya alu-alukan.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum....harap ustazah dapat nyatakan dari mana sumber amalan/panduan pagar rumah secara islam...

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalam wbt.....panduan diambil dari kalam ulama...panduan tersebut adalah saranan guru saya untuk saya amalkan dan saya jadikan sebagai perkongsian saya untuk pembaca... untuk pengetahuan saudara, saya belum pernah menemui hadis menyatakan secara jelas panduan tersebut dilakukan oleh rasulullah saw...walaubagaimanapun...harus diingat "al-'ulama warasatul anbiya' " mungkin ada barakahnya jika kita menuruti jalan pewaris para nabi...wallahu aa'lam...

    ReplyDelete
  5. Info yang menarik. Sesungguhnya ayat kursi itu banyak kaifiatnya.

    ReplyDelete
  6. Ustazah, kadang-kadang kita dah buat semua ni..dinding, pagar semua dgn ayat Quran..tapi rumah ade lg makhluk2 halus ni macamana yer?

    ReplyDelete
  7. Syukran ustazah atas pencerahan berkenaan sumber panduan pagar rumah...benar, sy jg blm pernah dgr dr mne2 ulama yg menerangkan hadis secara jelas berkenaan isu ini...sy jg setuju dgn keberkatan menuruti jln/panduan dr ulama'...Baarakallahu fik..jaza kallahu khayr..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah. Ilmu yang bermanafaat dan boleh di amalkan untuk memagar rumah kita sendiri..

    ReplyDelete